Assalamualaikum kepada semua warga
Komuniti Proton Persona Malaysia, sejarah pertubuhan komuniti ini adalah
kerana perpaduan setia kawan yang amat kuat di kalangan pemilik Proton
Persona. Komuniti ini pada mulanya hanya dari Group Whatapps dan telah
di upgrade menjadi satu komuniti yang berdaftar dengan Perlembagaan
Pertubuhan Malaysia.
Tujuan komuniti ini diwujudkan adalah untuk menyatupadukan
pemilik Proton Persona seluruh Malaysia menjadi sebuah keluarga yang
besar. Komuniti ini bukanlah satu komuniti yang telah lama ditubuhkan,
ia telah ditubuhkan pada 09 Mac 2016 dan didaftarkan secara rasmi pada
16 Mei 2016. dan keahlian tidak sebegitu ramai sepertimana komuniti yang
lain.
Awal pertubuhan komuniti ini telah mencapai keahlian seramai 40
ahli, satu keputusan yang amat memberangsangkan. Komuniti ini telah
diketuai oleh seorang jejaka yang agak kacak iaitu Mohd Faizullah bin
Mohd Noor a.k.a Eijoy turut membantu dalam pengurusan ini adalah Mohamad
Saufi bin Bakat a.k.a Merah, seorang yang lemah lembut tapi ada sedikit
tegas dalam perwtakkan beliau... hehehhe
Akhir kata semoga komuniti ini akan menjadi satu komuniti yang
lebih besar dan mempunyai ikatan ukhwah yang kuat. Saya selaku
pentadbir komuniti ini amat berharap tiada persengketaan antara ahli.
Bukan musuh yang di cari tapi kawan setia sehingga mati.